Wednesday, July 3, 2013

Buang habuk

Ada beberapa cara untuk buang habuk pada komputer. 1. Lap. Tetapi jangan guna apa2 cecair selain H20 kerana khuatiri akan ada reaksi pada unsur komputer tersebut. 2. Hembus. Kasi terbang itu habuk. Tapi nanti boleh jatuh ke tempat lain. Hembus lagi ehehehhe 3. Sedut. Masuk vacuum. Pastikan tiada barang yang loose, nanti kapasitor/perintang/chip masuk vacuum cleaner pulak. 4. Static. Habus ni ada cas tersendiri. Oleh itu, guna penyapu/pengilap static, boleh la dier tarik habuk keluar.

Tuesday, July 2, 2013

Cuci Komputer

Cuci dalam bahasa inggeris ialah 'clean'. Tahukah anda komputer atau gadjet anda perlu di cuci sekali-skala? Lawak-lawak. Cuci daripada habuk yang lekat pada skrin, kipas penyejuk, heat-sink, celah-celah papan-ibu (motherboard), dan sebagainya . Itu pada fizikal atau luaran; pada dalaman juga perlu dicuci. Apabila komputer dihidupkan, mulalah motherboard melaksanakan (execute) kod arahan (instruction code) pada BIOS (Basic Input/Output System) yang ada pada ROM (Read Only Memory). Lepas tu test hardware semua ok ke tak. Kemudian baru la load data dari CMOS; yang simpan setting data motherboard. Jadi lepas tu, dari setting kat situ, ter-load-lah OS. Ok, bab cuci sekarang ni pada memory dan disk space. Cuci data pada memory yang tak digunakan, secara manual atau pilihan pengguna, ini boleh mempercepat experience pengguna. Disk space pula, seeloknya ada ruang yang cukup untuk pengunaan sementara. Lagi satu bab cuci ni ialah, mencuci komputer anda dari malware. Kesimpulanan permulaan ini, adalah wajar untuk pengguna komputer mencuci device mereka, baik fizikal mahupun virtual.